Tuesday, September 12, 2017

Petua Moden Hilangkan Jerawat, Parut Jerawat, Blackhead & Whitehead

Selama ni kita dengar pelbagai petua-petua yang telah diturunkan secara turun temurun oleh orang tua dan nenek-nenek kita dahulu kan. Maca-macam petua yang masih boleh digunakan hingga sekarang. Tapi jangan tak tau ye, semakin dunia makin moden, ada juga beberapa petua dan tips yang boleh dilakukan dengan barang-barang yang senang untuk didapati. Jom kta buat eksperimen!

CARA 1 : UBAT GIGI
Cara ini amat saya sukai kerana saya kulit muka saya sangat aktif jerawat especially ketika dekat datang bulan. Jadi bila ada seketul jerawat dah munculkan diri saya terus letak dikawasan tersebut. 

Fakta mengenai ubat gigi ini kerana ubat gigi mengandungi silika yang merupakan agen pengering. Secara teorinya ubat gigi boleh mengeringkan jerawat dalam masa smelaman. I akan mengurangkan saiz jerawat dan mengecutkan jerawat itu.

Anda dinasihati pakai ubat gigi yang semulajadi ye. Ada setengan ubat gigi mengandungi natirum lauril sulfat yang boleh merengsakan kulit. So pilih yang semula jadi ye?

rawat jerawat dengan ubat gigi
ni saya letak ubat gigi yang jenis gel. Alhamdulillah cepat kecut
CARA 2 : ASPIRIN
Apa itu aspirin ye? mungkin ada yang dal lama tahu, dan mungin ada yang tak tahu. Ok aspirin ni adalah berbentuk pil yang mempunya Analgesik iaitu penahan rasa sakit tanpa menghilangkan kesedaran untuk penyakit tetapi tidak membahayakan. Ia anti radang, mampu mengatasi jerawat dan juga boleh menghilangkan kelimumur.

Anda boleh beli aspirin apa jenis jenama pun di farmasi rumah anda. Dan cara untuk memakainya adalah dengan pecahkan pill aspirin dan hancurkan lumat. Letak setitik air untuk mudah disapukan. Jangan terlalu banyak. Dan sapu perlahan-lahan pada jerawat dan pastikan ianya menutup keseluruhan jerawat anda itu.

Aspirin ini bersifat anti radang, membuatkan jerawat anda akan cepat pudar dan tidak meninggalkan sebarang parut jerawat In Sha Alah. Biarkan aspirin itu semalam. Eloklah dipakai ketika hendak tidur.


Boleh dicampur dengan baby oil. Untuk lebih lembut



CARA 3 : AIS
Ais pun adalah salah satu petua moden mujarab yang boleh diaplikasikan. Ambil seketul ais




Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.
  • Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.
  • Jika terdapat banyak jerawat di muka anda, lakukan mengikut bahagian. Apabila satu bahagian merasa kebas, beralih ke bahagian yang seterusnya.
  • Ini ialah satu-satunya remedi ‘di rumah’ yang telah terbukti dapat mengurangkan saiz dan jumlah jerawat. Lain-lain kaedah untuk mengecutkan jerawat mempunyai rekod kejayaan yang terhad atau tidak disahkan.

No comments:

Post a Comment